ANNOUNCEMENT
Mastercard MMP requirements 2026

Dasar Privasi Pengesahan Perkhidmatan Kewangan G2RS (Privacy Policy Malay)

Tarikh Terakhir disemak:

18hb Februari, 2026


Privasi anda adalah amat penting bagi kami. Notis privasi ini menerangkan bagaimana G2 Web Services, Inc. (d/b/a G2 Risk Solutions) dan Sekutunya (seperti yang ditakrifkan di bawah) (secara kolektif, “G2RS”, “kami”, “kita”, dan “milik kami”) mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi yang kami kendalikan hanya bagi pihak kami sendiri yang dikumpulkan melalui www.g2risksolutions.com dan harta web G2RS lain yang memaut kepada notis privasi ini (secara kolektif, “laman web”). Notis privasi ini tidak tertakluk kepada perkhidmatan dan aplikasi dalam talian lain yang dikendalikan oleh G2RS, dan sebarang maklumat yang kami kendalikan sebagai pemproses atau penyedia perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami juga telah menyediakan di bawah notis berkaitan dengan pemprosesan Maklumat Rangkaian Proprietari Pelanggan (“CPNI”) dan notis privasi tertentu yang terpakai kepada pekerja dan pelanggan G2RS yang merupakan penduduk California bagi tujuan Akta Privasi Pengguna California 2018, sebagaimana iyanya dipinda (“CCPA”).

Pihak Sekutu yang mematuhi notis privasi ini adalah termasuk seperti yang berikut: G2 Bankruptcy Risk Solutions, Inc. Mana-mana pihak Sekutu tambahan yang mengendalikan data peribadi bagi pihak mereka sendiri yang diproses melalui laman web hendaklah juga mematuhi notis privasi ini. Seperti yang digunakan di sini, (a) “Sekutu” adalah bermaksud entiti yang mengawal, dikawal oleh atau berada di bawah kawalan bersama dengan G2RS; dan (b) “kawalan” bermaksud memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kuasa untuk mengarah atau menyebabkan arah pengurusan, dasar atau operasi sesuatu entiti, sama ada melalui pemilikan sekuriti pengundian, melalui kontrak atau sebaliknya.

Penggunaan laman web ini adalah merupakan persetujuan anda terhadap terma notis privasi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma notis privasi ini, sila jangan gunakan laman web ini.


1. Maklumat peribadi yang kami kumpulkan

Apabila anda berurusan dengan kami, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat untuk membantu mengenal pasti dan menghubungi anda, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda, alamat e-mel, alamat fizikal, dan nombor telefon (talian tetap dan/atau mudah alih).

Kami juga akan mengumpulkan maklumat mengenai peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman web. Ini termasuk ID peranti, ID pengiklanan, pelayar anda, sejarah pelayaran anda semasa menggunakan laman web ( sebagai contoh, halaman yang anda lihat, berapa lama anda berada pada setiap halaman, kekerapan anda kembali, dan/atau laman yang anda lawati apabila anda meninggalkan kami), iklan atau kandungan dalam talian yang anda lihat, akses, atau klik.

Kami akan mengumpulkan alamat IP anda dan maklumat yang berkaitan dengan alamat IP tersebut, seperti maklumat geografi, maklumat domain, dan penyedia perkhidmatan internet yang digunakan. Pihak kami juga boleh menggunakan pelbagai teknologi untuk menentukan lokasi anda, termasuk alamat IP, titik akses Wi-Fi, dan menara sel.

Sebagai penyedia penyelesaian data, kami akan mengumpulkan pelbagai jenis maklumat peribadi mengenai anda daripada pelbagai sumber. Jadual di bawah ini menerangkan kategori maklumat peribadi yang mungkin telah kami kumpulkan dalam tempoh 12 bulan yang lepas, serta daripada siapa kami mengumpulkan maklumat peribadi tersebut, disenaraikan mengikut kategori maklumat peribadi.


Kategori maklumat peribadi Maklumat peribadi yang kami kumpulkan; Daripada siapa kami mengumpulkannya
Pengecam Apa yang kami kumpulkan
• Nama (nama pertama, nama keluarga, dan/atau nama sebelum berkahwin) atau nama ahli keluarga atau kanak-kanak; alamat rumah, alamat bil, atau alamat fizikal lain; alamat e-mel; nombor telefon
• Maklumat pengenalan peranti yang digunakan untuk mengakses laman web; kami boleh mengaitkan peranti ini dengan nombor telefon mudah alih.
• Maklumat yang dikumpulkan secara pasif melalui kuki dan teknologi yang serupa.
• Alamat IP, pengecam peranti, dan pengecam aplikasi.
• Maklumat mengenai perniagaan anda, seperti nombor lesen, URL, atau nama domain.

Daripada siapa kami mengumpulkannya (mengikut kategori sumber)
• Maklumat yang anda berikan
• Maklumat yang dikumpulkan secara pasif melalui kuki dan teknologi yang serupa
• Sekutu
Kategori maklumat peribadi yang disenaraikan dalam Statut Rekod Pelanggan California Sebarang maklumat yang dikenal pasti, berkaitan dengan, menerangkan, atau mampu dikaitkan dengan individu tertentu, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama individu, tandatangan, nombor Keselamatan Sosial, ciri-ciri fizikal atau perihalan, alamat, nombor telefon, nombor pasport, nombor lesen memandu atau nombor kad pengenalan negeri, nombor polisi insurans, pendidikan, pekerjaan, sejarah pekerjaan, nombor akaun bank, nombor kad kredit, nombor kad debit, atau sebarang maklumat kewangan lain, maklumat perubatan, atau maklumat insurans kesihatan.

Sila ambil perhatian bahawa maklumat peribadi dalam kategori ini mungkin bertindih dengan kategori lain.
Nota bahawa maklumat peribadi dalam kategori ini mungkin bertindih dengan kategori yang lain

Apa yang kami kumpulkan
• Nama (nama pertama, nama keluarga, dan/atau nama sebelum berkahwin) atau nama ahli keluarga atau kanak-kanak; alamat rumah, alamat pengebilan, atau alamat fizikal lain; alamat e‑mel, nombor telefon.
• Maklumat pengenalan peranti, yang mungkin kami kaitkan dengan nombor telefon mudah alih
• Maklumat yang dikumpulkan secara pasif melalui kuki dan teknologi yang serupa
• Alamat IP, pengecam peranti, dan pengecam aplikasi
• Maklumat mengenai perniagaan anda, seperti nombor lesen, URL, atau nama domain

Daripada siapa kami mengumpulkannya (mengikut kategori sumber)
• Maklumat yang anda berikan
• Maklumat yang dikumpulkan secara pasif melalui kuki dan teknologi yang serupa
• Sekutu
Aktiviti rangkaian elektronik internet atau lain-lain yang serupa Apa yang kami kumpulkan
• Maklumat mengenai urusan anda dengan laman web. Sebagai contoh, apabila anda melihat atau mencari kandungan, kami menerima dan akan menjejak maklumat tersebut; sesi web; maklumat fail log; maklumat seperti laman web yang anda lawati, bila anda melawat laman web, berapa lama anda berada, tingkah laku anda semasa anda berada di laman web kami dan daripada peranti apa anda mengakses laman web.
• Maklumat yang dikumpulkan daripada rakan pengiklanan
• Maklumat mengenai urusan anda dengan borang dalam talian; contohnya, penggunaan isi automatik, bilangan jeda, tempoh masa untuk melengkapkan sesuatu medan, bilangan ralat, bilangan jawapan yang diubah, kelancaran menaip dan bilangan interaksi yang berulang.

Daripada siapa kami mengumpulkannya (mengikut kategori sumber)
• Maklumat yang dikumpulkan secara langsung daripada anda.
• Maklumat yang dikumpulkan secara pasif melalui kuki dan teknologi yang serupa.
• Sekutu
Data geolokasi Apa yang kami kumpulkan
• Lokasi anda melalui alamat IP, titik akses Wi-Fi, dan menara sel

Daripada siapa kami mengumpulkannya (mengikut kategori sumber)
• Maklumat yang dikumpulkan secara langsung daripada anda.
• Maklumat yang dikumpulkan secara pasif melalui kuki dan teknologi yang serupa.
• Sekutu
Kesimpulan yang dibuat daripada maklumat peribadi lain Apa yang kami kumpulkan
• Keutamaan laman, tingkah laku, ciri-ciri, Keutamaan peribadi

Daripada siapa kami mengumpulkannya (mengikut kategori sumber)
• Maklumat yang dikumpulkan secara langsung daripada anda.
• Maklumat yang dikumpulkan secara pasif melalui kuki dan teknologi yang serupa.
• Sekutu

2. Tujuan dan penggunaan maklumat peribadi

Kami mengumpulkan maklumat peribadi anda untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, kami boleh menggunakannya dengan cara-cara berikut:

  • Untuk pihak kami berkomunikasi dengan anda dan pihak dalaman, ini adalah berdasarkan keperluan yang ketat untuk mengetahui, apabila G2RS menganggapnya perlu atas sebab teknikal, pentadbiran atau keselamatan serta bagi kepentingan yang sah.
  • Untuk mengesahkan identiti anda.
  • Untuk mencegah, mengesan dan memerangi penipuan, ancaman keselamatan, atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang atau yang tidak dibenarkan sama sekali.
  • Untuk merekodkan dan membuktikan bagaimana kami telah menjalankan proses penyelesaian pertikaian dan aduan serta mencapai sesuatu penyelesaian.
  • Untuk mematuhi keperluan undang-undang, sebagai contoh, untuk membuat laporan peluang pekerjaan yang sama rata.
  • Untuk sebarang tujuan yang lain yang dinyatakan dalam notis privasi ini dan/atau dalam terma penggunaan kami.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan tertentu (seperti yang berkaitan dengan Pengesahan Perkhidmatan Kewangan Google).

Kami akan menerangkan tujuan pengumpulan maklumat peribadi, yang disenaraikan mengikut kategori maklumat peribadi, dalam jadual yang seperti di bawah. Sila ambil perhatian bahawa sesuatu maklumat peribadi tertentu boleh tergolong dalam salah satu atau lebih kategori maklumat peribadi.


Kategori maklumat peribadi Tujuan pengumpulan
Pengecam dan kategori maklumat peribadi yang disenaraikan dalam Statut Rekod Pelanggan California • Untuk mengesahkan identiti anda.
• Untuk memaparkan, mendapatkan tahap yang paling baik atau paling sesuai, dan menyediakan pengiklanan yang diperibadikan.
• Untuk berkomunikasi dengan anda.
• Untuk memenuhi permintaan anda dan komunikasi lain berkaitan dengan laman web kami.
• Untuk menyediakan perkhidmatan tertentu (seperti Pengesahan Perkhidmatan Kewangan Google).
Ciri-ciri klasifikasi ini dilindungi di bawah undang-undang kerajaan negeri atau undang-undang kerajaan persekutuan • Untuk memenuhi permintaan anda dan pihak kami boleh berkomunikasi dengan yang lain berkaitan dengan laman web.
• Untuk menyediakan perkhidmatan tertentu (seperti Pengesahan Perkhidmatan Kewangan Google.
Maklumat komersial • Untuk memenuhi permintaan anda dan pihak kami boleh berkomunikasi dengan yang lain berkaitan dengan laman web.
• Untuk menyediakan perkhidmatan tertentu (seperti Pengesahan Perkhidmatan Kewangan Google.
Aktiviti rangkaian elektronik internet atau lain-lain yang serupa • Untuk memaparkan, mendapatkan tahap yang paling baik atau paling sesuai, dan memperibadikan pengiklanan.
• Untuk mengukur keberkesanan pengiklanan.
• Untuk melaksanakan analisis laman web.
Data geolokasi • Untuk mengesahkan identiti anda.
• Untuk memaparkan, mendapatkan tahap yang paling baik atau paling sesuai, dan menyediakan pengiklanan yang diperibadikan.
• Untuk berkomunikasi dengan anda.
Data deria • Untuk tujuan perkhidmatan pelanggan.
• Untuk memastikan penyampaian perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
• Untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang dan pematuhan (komplians).
• Untuk membantu menjawab pertanyaan dan menyelesaikan sebarang pertikaian.
• Untuk tujuan latihan perkhidmatan pelanggan dan memastikan juga kepuasan pelanggan.
Maklumat profesional atau pekerjaan • Untuk memaparkan, mendapatkan tahap yang paling baik atau paling sesuai, dan menyediakan pengiklanan yang diperibadikan.
• Untuk pihak kami berkomunikasi dengan anda.
• Untuk memenuhi permintaan anda dan komunikasi lain berkaitan dengan laman web.
• Untuk menyediakan perkhidmatan tertentu (seperti Pengesahan Perkhidmatan Kewangan Google).
Kesimpulan yang diperolehi daripada maklumat peribadi yang lain • Untuk mengesahkan identiti anda.
• Untuk memaparkan, mendapatkan tahap yang lebih baik atau paling sesuai, dan menyediakan pengiklanan yang diperibadikan.
• Untuk pihak kami boleh berkomunikasi dengan anda.
• Untuk memenuhi permintaan dan pembelian anda serta berkomunikasi dengan yang lain berkaitan dengan laman web kami.

3. Asas perundangan bagi pemprosesan

हPihak kami akan memproses maklumat peribadi anda bagi pihak kami sendiri apabila kami mempunyai hak asas perundangan untuk berbuat demikian. Berikut ialah hak asas perundangan bagaimana kami akan memproses maklumat anda:

Persetujuan—apabila tiada hak asas perundangan lain bagi pemprosesan terpakai, kami boleh memproses maklumat peribadi anda berdasarkan persetujuan anda sebagaimana yang akan diminta daripada semasa ke semasa.

  • Seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai
  • Kewajipan undang-undang—kami boleh memproses maklumat peribadi anda setakat mana yang perlu untuk mematuhi undang-undang (ini tidak termasuk kewajipan kontrak)
  • Perlaksanaan sesuatu kontrak di mana G2RS dan anda adalah merupakan pihak-pihak
  • Kepentingan sah—kami boleh menggunakan data peribadi anda apabila kami mempunyai kepentingan sah untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, kami akan menganalisis tingkah laku pengguna di laman web bagi tujuan untuk penambahbaikan berterusan dan kami memproses maklumat bagi tujuan pentadbiran, pengesanan penipuan dan juga untuk tujuan perundangan yang lain
  • Persetujuan—apabila tiada asas perundangan yang lain bagi pemprosesan terpakai, kami boleh memproses maklumat peribadi anda berdasarkan persetujuan anda sebagaimana yang akan diminta daripada semasa ke semasa


4. Maklumat yang kami kongsi

Pihak kami tidak akan menjual atau sebaliknya mendedahkan data peribadi yang anda berikan kepada kami atau yang kami kumpulkan melalui proses permohonan/pengesahan Perkhidmatan Kewangan, kecuali seperti yang diterangkan di sini. Pihak kami juga boleh berkongsi data peribadi yang anda berikan kepada kami atau yang kami kumpulkan melalui proses permohonan/pengesahan Perkhidmatan Kewangan dengan:

Rakan niaga dan sekutu kami. Anda boleh mendaftar untuk menerima surat berita e mel kami yang mengandungi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami, serta berita berkaitan industri. Apabila anda mendaftar, kami akan meminta alamat e mel anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk menghantar surat berita tersebut kepada anda.

  • Penyedia perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami; dan
  • Rakan niaga dan sekutu kami.

Pihak kami boleh berkongsi data peribadi dengan penyedia perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami seperti penyedia perkhidmatan pembayaran, penyedia analitik, penyedia pengehosan dan juga penasihat. Semua penyedia perkhidmatan telah mebuat perjanjian yang telah di meterai dan juga mengikut dari segi sisi undang-undang yang mewajibkan mereka untuk menggunakan atau mendedahkan data peribadi hanya setakat yang perlu bagi melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau mematuhi keperluan undang-undang yang terpakai.

Pihak kami juga boleh berkongsi data peribadi dengan rakan niaga kami yang dengannya kami telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan Pengesahan Perkhidmatan Kewangan G2. Kami telah memasuki perjanjian yang telah terikat dari segi sisi undang-undang dengan rakan niaga tersebut yang mewajibkan mereka untuk menggunakan atau mendedahkan data peribadi hanya setakat yang perlu bagi melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau mematuhi keperluan undang-undang yang terpakai.

Sebagai tambahan, kami juga boleh mendedahkan data peribadi mengenai anda (a) sekiranya kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau proses perundangan, sebagai contoh, iayalah berikutan perintah dari pihak mahkamah atau permintaan daripada pihak agensi penguatkuasaan undang-undang, (b) apabila kami percaya bahawa pendedahan adalah perlu atau wajar untuk mencegah kemudaratan fizikal, dan (c) berkaitan dengan suatu siasatan terhadap aktiviti penipuan yang disyaki atau sebenar atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.


5. Penyusunan semula korporat

Sekiranya kami memasuki, atau berhasrat untuk memasuki, suatu transaksi yang akan mengubah struktur perniagaan kami, seperti penyusunan semula, penggabungan, pemerolehan, penjualan, usaha sama, penyerahan hak, penyatuan, pemindahan, perubahan kawalan, atau pelupusan lain bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan kami, dan kami boleh juga berkongsi maklumat peribadi anda. Kami juga boleh berkongsi maklumat peribadi anda sekiranya kami melalui prosiding kebankrapan atau pembubaran dalam perjalanan prosiding tersebut.


6.  Kuki, piksel dan teknologi serupa

Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan dalam pelayar web anda yang membolehkan G2RS atau pihak ketiga (seperti penyedia perkhidmatan pihak ketiga G2RS) mengenal pasti anda. Kuki boleh digunakan bagi tujuan berikut: (1) untuk membolehkan fungsi tertentu; (2) untuk menyediakan analitik; (3) untuk menyimpan keutamaan anda; dan (4) untuk membolehkan penyampaian iklan dan pengiklanan berasaskan tingkah laku anda. Kuki boleh sama ada “kuki sesi” atau “kuki berterusan”. Kuki sesi akan tamat secara automatik apabila anda menutup pelayar anda. Kuki berterusan akan kekal sehingga iya tamat tempoh, atau anda memadam kuki anda. Tarikh tamat tempoh ditetapkan dalam kuki itu sendiri; sesetengahnya mungkin tamat selepas beberapa minit manakala yang lain mungkin tamat selepas beberapa tahun. Kuki yang diletakkan di dalam laman web yang anda lawati kadangkala akan dirujuk sebagai “kuki pihak pertama”, manakala kuki yang diletakkan oleh syarikat lain kadangkala dirujuk sebagai “kuki pihak ketiga”.

Apabila anda mengakses dan/atau menggunakan laman web, G2RS atau pihak ketiga boleh meletakkan sejumlah kuki dalam pelayar anda. Sesetengah kuki hanya akan digunakan jika anda menggunakan ciri-ciri tertentu atau memilih keutamaan tertentu, dan sesetengah kuki akan sentiasa digunakan. Setiap kuki berfungsi untuk salah satu daripada empat tujuan berikut:

  • Kuki yang sangat diperlukan: Kuki ini adalah perlu bagi laman web untuk berfungsi dan tidak boleh dimatikan dalam sistem kami. Iya biasanya hanya ditetapkan sebagai tindak balas kepada tindakan yang anda lakukan yang merupakan permintaan untuk perkhidmatan, seperti menetapkan keutamaan privasi anda, log masuk atau mengisi borang. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menyekat atau memberi amaran tentang kuki ini, tetapi sebahagian daripada laman web tidak akan berfungsi. Kuki ini tidak menyimpan sebarang maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.
  • Kuki penyasaran: Kuki ini boleh ditetapkan melalui laman web oleh rakan pengiklanan kami. Iya juga boleh digunakan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk membina profil berdasarkan minat anda dan memaparkan iklan yang berkaitan dengan anda di laman web lain. Iya sama sekali tidak menyimpan maklumat peribadi secara langsung tetapi adalah berdasarkan pengenalpastian unik pelayar dan peranti internet anda. Sekiranya anda tidak membenarkan kuki ini, anda akan mengalami pengiklanan yang kurang tepat dan sukar disasarkan.
  • Kuki prestasi: Kuki ini membolehkan pihak kami mengira lawatan dan sumber trafik supaya kami dapat mengukur dan menambah baik prestasi laman web. Iya juga akan membantu kami mengetahui halaman yang paling aktif dan juga yang paling kurang popular serta melihat bagaimana pelawat bergerak di sekitar laman web. Kesemua maklumat yang dikumpulkan oleh kuki ini adalah digabungkan dan oleh itu tanpa nama. Jika anda tidak membenarkan kuki ini, kami tidak akan mengetahui bila anda telah melawat laman web kami dan tidak akan dapat memantau prestasinya.
  • Kuki fungsional: Kuki ini membolehkan laman web menyediakan fungsi yang dipertingkatkan dan pemperibadian. Ia boleh ditetapkan oleh kami atau oleh penyedia pihak ketiga yang perkhidmatannya telah kami tambah ke halaman laman web. Sekiranya anda tidak membenarkan kuki ini, maka sebahagian atau semua perkhidmatan ini mungkin tidak akan berfungsi dengan betul.

Pihak kami menggunakan teknologi tambahan untuk membantu menjejak aktiviti dan keutamaan pengguna. Sebagai contoh, kami menggunakan suar web (yang juga dikenali sebagai clear gifs, pixel tags atau web bugs). Suar web ialah grafik kecil (lebih kurang sebesar titik noktah) dengan pengecam unik yang disematkan secara tidak kelihatan pada halaman web atau e‑mel. Ia digunakan untuk menjejak aktiviti pengguna dan berkomunikasi dengan kuki. Anda tidak boleh memilih untuk tidak menggunakan suar web yang digunakan dalam halaman web, tetapi anda boleh mengehadkan penggunaannya dengan memilih untuk tidak menggunakan kuki yang berinteraksi dengannya. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan suar web yang digunakan dalam e‑mel dengan menetapkan pelanggan e‑mel anda untuk memaparkan e‑mel dalam mod teks sahaja.

Akhir sekali, kami boleh menetapkan kuki yang memantau pautan ke laman web kami yang kami hantar kepada anda (jika anda telah memberikan persetujuan untuk menerima e‑mel daripada kami). Kuki ini juga akan digunakan untuk menjejak pelawat ke laman web kami yang diperolehi daripada e‑mel tersebut. Untuk mengelakkan jenis kuki ini, sila ikuti penjelasan di bawah mengenai cara untuk menukar tetapan kuki pelayar anda.

Sebagai tambahan, kami juga boleh menggunakan teknologi penjejakan (piksel) dalam e‑mel untuk memahami kekerapan e‑mel kami dibuka dan diklik oleh pelanggan kami. Jika anda tidak mahu penjejakan ini dilakukan, sila tukar tetapan perisian atau perkhidmatan e‑mel anda (seperti Outlook, Gmail dan sebagainya) supaya tidak memuat turun imej secara automatik (setakat yang iya bukan tetapan lalai anda). Walau baimanapun, dalam sesetengah keadaan, dan iya juga bergantung kepada tetapan e‑mel atau pelayar anda, kuki dalam e‑mel mungkin diterima secara automatik (sebagai contoh, apabila anda telah menambahkan alamat e‑mel ke dalam buku alamat atau senarai penghantar selamat anda). Sila rujuk arahan pelayar e‑mel atau peranti anda untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Syarikat pihak ketiga seperti syarikat analitik dan rangkaian pengiklanan secara amnya menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat pengguna secara tanpa nama. Mereka boleh menggunakan maklumat tersebut untuk membina profil aktiviti anda di laman web dan laman web lain yang telah anda lawati.

Sekiranya anda tidak menyukai penggunaan kuki atau jenis kuki tertentu, anda boleh menukar tetapan pelayar anda untuk memadam kuki yang telah ditetapkan dan untuk tidak menerima kuki baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara berbuat demikian, sila lawati halaman bantuan pelayar anda. Beberapa maklumat berguna juga boleh didapati di sini: https://www.allaboutcookies.org/. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda memadam kuki atau tidak menerimanya, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua ciri-ciri yang kami tawarkan, anda juga berkemungkinan tidak akan dapat menyimpan keutamaan anda, dan sesetengah halaman kami mungkin tidak akan dapat dipaparkan dengan betul.


7. Permintaan untuk menarik diri daripada pengiklanan (berasaskan kuki)

Anda mempunyai pilihan untuk menarik diri daripada komunikasi e‑mel pemasaran G2RS pada bila-bila masa dengan menggunakan peruntukan penarikan diri yang terdapat di bahagian bawah setiap e‑mel G2RS.

Selain daripada itu, sekiranya anda memilih untuk menarik diri daripada menerima mesej pemasaran, kami mengesyorkan agar anda melawati Association of National Advertisers (ANA) dan mendaftar di laman web pengguna mereka. Di samping itu, anda juga boleh memilih untuk menarik diri daripada pengiklanan digital melalui Program Opt‑Out Pengguna NAI, Halaman Pilihan Pengguna DAA, atau Opt‑Out Kesatuan Eropah/Kawasan Ekonomi Eropah (EU/EEA). Dengan mengklik pautan “Opt‑Out” di bawah, anda akan diarahkan ke laman web pihak ketiga yang berkaitan di mana komputer anda akan diimbas bagi menentukan pihak mana yang menyelenggara kuki pada anda. Pada masa tersebut, anda juga boleh sama ada memilih atau untuk menarik diri daripada pengiklanan disasarkan berasaskan kuki atau memilih untuk menarik diri daripada pengiklanan disasarkan berasaskan kuki dengan memilih syarikat secara individu.


8. Pautan ke laman web atau perkhidmatan lain

Notis ini tidak terpakai kepada laman web atau perkhidmatan pihak ketiga yang lain. Sekiranya anda mengklik pada suatu pautan atau melayari ke laman web pihak ketiga daripada laman/perkhidmatan kami, aktiviti dan interaksi anda akan tertakluk kepada peraturan dan dasar pihak ketiga tersebut. Kami mencadangkan agar anda menyemak kenyataan privasi dalam talian di laman web lain tersebut untuk memahami amalan privasi dan pengendalian maklumat peribadi mereka supaya anda dapat membuat keputusan yang bijak dan termaklum berhubung dengan penggunaan atau interaksi anda dengan laman/perkhidmatan mereka.


9. Keselamatan maklumat peribadi

Kami mengekalkan suatu Program Keselamatan Maklumat yang bersekala komprehensif yang merangkumi kawalan pentadbiran (dasar, piawaian dan proses), fizikal dan teknikal yang direka bentuk untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan kebolehcapaian maklumat peribadi anda.


10. Penyimpanan maklumat peribadi

Pihak kami akan menyimpan maklumat peribadi anda dalam tempoh dan mengikut selama mana yang munasabah dan perlu untuk memenuhi tujuan iya dikumpulkan atau diproses, seperti yang diterangkan dalam notis ini. Sebagai contoh, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan melalui perkhidmatan dan laman web kami selama mana akaun anda masih aktif atau setakat yang perlu sahaja untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda dan pelanggan-pelanggan kami. Dalam menentukan tempoh penyimpanan, kami akan mengambil kira hubungan kami dengan anda dan maklumat anda, sifat dan sensitiviti maklumat tersebut, serta apa yang munasabah dan juga seimbang dalam memastikan untuk menyediakan dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami juga akan melaraskan tempoh penyimpanan bagi mematuhi pihak kewajipan undang‑undang, pelaporan atau perakaunan kami, untuk menyelesaikan pertikaian, dan untuk menguatkuasakan perjanjian kami. Kami secara berkala menyemak tempoh penyimpanan kami dan akan menilai amalan peminimuman data kami, dengan menyimpan jumlah maklumat yang paling minimum untuk tempoh penyimpanan yang paling singkat, sambil tetap memenuhi semua kewajipan kami sepenuhnya.


11. Hak privasi pengguna

Dalam sesetengah keadaan, G2RS menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan sebagai penyedia perkhidmatan/pemproses atau tertakluk kepada pengecualian lain di bawahsisi undang-undang privasi negeri yang terpakai. Apabila G2RS bertindak sebagai penyedia perkhidmatan/pemproses, kami memproses data bagi pihak-pihak lain yang mungkin memberikan anda hak privasi yang terpakai.

Apabila G2RS bertindak sebagai pengawal maklumat peribadi anda, anda mungkin mempunyai hak-hak yang dinyatakan di bawah berhubung dengan data peribadi yang diproses oleh kami, dan sekiranya anda merupakan subjek data di bidang kuasa tertentu, seperti Kawasan Ekonomi Eropah, atau sekiranya data peribadi anda sebaliknya tertakluk kepada undang-undang privasi tertentu, seperti Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah 2016/679 (“GDPR”):

  • Hak untuk dimaklumkan mengenai bagaimana data peribadi anda digunakan;
  • Hak untuk mengakses data peribadi anda yang diproses oleh kami, yang merangkumi hak untuk mendapatkan pengesahan sama ada data peribadi yang berkaitan dengan anda sedang diproses atau tidak, dan, sekiranya sedemikian, akses kepada data peribadi tersebut dan tujuan pemprosesan; kategori data peribadi yang terlibat; penerima atau kategori penerima yang kepada mereka data peribadi telah atau akan didedahkan; jika boleh, tempoh jangkaan data peribadi anda akan disimpan; kewujudan hak anda untuk meminta pembetulan atau pemadaman data peribadi atau sekatan pemprosesan data peribadi atau untuk membantah pemprosesan tersebut; hak anda untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan; sekiranya data peribadi tidak dikumpulkan daripada subjek data, sebarang maklumat yang tersedia mengenai sumbernya; kewujudan pembuatan keputusan automatik, termasuk pemprofilan; serta perlindungan yang sesuai berkaitan dengan pemindahan data peribadi anda ke luar EEA.
  • Hak untuk meminta pembetulan data peribadi anda yang tidak tepat yang pihak kami simpan mengenai anda;
  • Dalam keadaan tertentu, hak untuk meminta kami memadam data anda;
  • Hak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda;
  • Hak anda untuk membantah aktiviti pemprosesan, sekiranya pemprosesan tersebut berasaskan kepentingan sah kami;
  • Hak anda untuk menarik balik persetujuan bagi pemprosesan pada bila-bila masa, sekiranya pemprosesan adalah berasaskan persetujuan;
  • Hak anda untuk membantah pemprosesan data peribadi bagi tujuan pemasaran langsung pada bila-bila masa;
  • Dalam keadaan tertentu, hak anda untuk meminta kami memindahkan atau memport elemen data anda sama ada kepada anda atau kepada penyedia perkhidmatan lain – sekiranya pemprosesan adalah berasaskan persetujuan anda dan dilaksanakan melalui cara automatik;
  • Hak anda untuk memfailkan aduan dengan agensi kerajaan yang berkaitan atau Pihak Berkuasa Penyeliaan (di EEA, sebagaimana yang ditetapkan oleh GDPR).

Anda juga boleh melaksanakan hak-hak ini setakat mana hak-hak tersebut terpakai kepada anda dengan menghubungi G2RS melalui maklumat hubungan yang disenaraikan di bawah. Kami akan sentiasa berusaha untuk membalas dan menjawab terhadap permintaan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang yang terpakai, dan dalam apa jua keadaan kami akan berusaha untuk membalas dan menjawab dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permintaan anda. Walaupun G2RS akan berusaha dalam masa yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda, dalam sesetengah keadaan pihak kami mungkin menganggap permintaan anda sebagai tidak berasas ataupun tidak layak dari segi dan sisi undang-undang yang terpakai. Sekiranya perkara tersebut berlaku, G2RS dengan nyata berhak untuk menolak segala permintaan data peribadi anda. Sebelum G2RS dapat memenuhi sebarang permintaan, memberikan anda sebarang maklumat atau membetulkan sebarang ketidaktepatan, kami boleh mengesahkan identiti anda dengan meminta maklumat atau pengenalan tertentu.

Memandangkan kami mungkin terlibat dalam “pemprofilan”, “pengiklanan disasarkan”, “pengiklanan tingkah laku merentas konteks”, atau menggunakan maklumat peribadi sensitif, selaras dengan takrifan istilah di bawah undang-undang negeri yang terpakai, anda juga boleh melaksanakan hak anda untuk menarik diri daripada pemprofilan/pembuatan keputusan automatik tersebut, pengiklanan disasarkan, atau pengiklanan tingkah laku merentas konteks, serta mengehadkan penggunaan maklumat peribadi sensitif anda oleh kami.


PENDEDAHAN CCPA/CPRA

Sila ambil perhatian, seksyen ini hanya terpakai kepada penduduk California bagi tujuan pematuhan dengan Akta Privasi Pengguna California 2018 (“CCPA”) sebagaimana yang dipinda oleh Akta Hak Privasi California (“CPRA”). Istilah yang ditakrifkan yang digunakan dalam seksyen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada “Tujuan Perniagaan, “Pengguna”, “Maklumat Peribadi” dan “Penjualan” (atau “Penjualan”), digunakan sebagaimana istilah-istilah tersebut ditakrifkan dan ditafsirkan menurut CCPA dan CPRA.

Kategori Maklumat Peribadi termasuk Maklumat Peribadi Sensitif yang telah kami kumpulkan mengenai Pengguna, dan yang telah kami dedahkan bagi tujuan perniagaan, dalam tempoh 12 bulan yang lalu adalah (sila rujuk jadual di bahagian atas Notis Privasi ini untuk maklumat lanjut):

  1. Pengecam, seperti nama dan nombor pengenalan kerajaan;
  2. Maklumat peribadi, sebagaimana yang ditakrifkan dalam undang-undang perlindungan California, seperti maklumat hubungan dan maklumat kewangan;
  3. Ciri-ciri klasifikasi dilindungi di bawah undang-undang California atau persekutuan, seperti jantina dan status perkahwinan;
  4. Maklumat komersial, seperti maklumat transaksi dan akaun;
  5. Maklumat aktiviti internet atau rangkaian, seperti sejarah pelayaran dan interaksi dengan Laman Web;
  6. Data geolokasi, seperti lokasi peranti;
  7. Maklumat audio, elektronik, visual, terma, olfaktori, dan maklumat serupa, seperti video, fotografi serta rakaman panggilan dan video;
  8. Maklumat profesional atau berkaitan pekerjaan, seperti sejarah kerja dan majikan terdahulu;
  9. Maklumat pendidikan, seperti sekolah dan tarikh tamat pengajian; dan
  10. Kesimpulan yang diperoleh daripada mana-mana Maklumat Peribadi yang disenaraikan di atas untuk mewujudkan profil mengenai, sebagai contoh, keutamaan dan ciri-ciri seseorang individu.

Sumber daripada mana Maklumat Peribadi ini telah kami kumpulkan adalah: secara langsung daripada penduduk California atau wakil mereka.

Sekiranya anda merupakan penduduk California, anda boleh meminta kami untuk mendedahkan kepada anda maklumat berikut bagi tempoh 12 bulan sebelum permintaan anda:

  1. kategori Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda dan kategori sumber daripada mana Maklumat tersebut dikumpulkan;
  2. tujuan perniagaan atau komersial bagi pengumpulan Maklumat Peribadi mengenai anda;
  3. kategori Maklumat Peribadi mengenai anda yang kami dedahkan kepada pihak ketiga bagi tujuan perniagaan dan kategori pihak ketiga yang kepadanya Maklumat Peribadi tersebut didedahkan (jika berkenaan); dan
  4. butiran khusus Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda.

Sekiranya anda merupakan penduduk California, anda juga boleh meminta agar kami memadam atau membetulkan Maklumat Peribadi yang telah kami kumpulkan daripada anda.

Sebelum G2RS dapat memenuhi atau memberikan membalas dan menjawab kepada sebarang permintaan, kami mungkin meminta anda mengesahkan identiti anda dengan memberikan maklumat atau pengenalan tertentu. Dalam sesetengah keadaan, pihak kami mungkin akan menolak untuk memenuhi permintaan anda. Sebagai contoh, pihak kami berkemungkinan akan menolak permintaan anda sekiranya pihak kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau mengesahkan bahawa Maklumat Peribadi yang kami simpan berkaitan dengan anda, atau sekiranya pihak kami tidak dapat mengesahkan bahawa anda mempunyai kuasa untuk membuat permintaan bagi pihak individu lain. Dalam keadaan lain, pihak kami mungkinakan menolak untuk memenuhi permintaan anda apabila suatu pengecualian terpakai, seperti apabila pendedahan Maklumat Peribadi akan menjejaskan hak dan kebebasan pengguna lain atau apabila Maklumat Peribadi yang kami simpan mengenai anda tidak tertakluk kepada hak akses atau pemadaman di bawah CCPA, seperti maklumat berkaitan tentang pekerja dan kontraktor kami yang digunakan bagi tujuan pengurusan pekerjaan dan vendor kami.

Walau bagaimanapun, anda mempunyai hak untuk bebas daripada diskriminasi yang menyalahi undang-undang kerana melaksanakan hak-hak anda di bawah CCPA.


PENDEDAHAN “DO NOT TRACK” CALIFORNIA DAN DELAWARE

Undang-undang negeri California dan negeri Delaware menghendaki kami menyatakan sama ada kami menghormati tetapan “Jangan Jejaki” dalam pelayar anda berkaitan dengan pengiklanan disasarkan. G2RS akan mematuhi segala piawaian yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan tidak akan memantau atau membalas dan menjawab kepada permintaan Jangan Jejaki pelayar.

Sekiranya anda merupakan penduduk di negeri California, Colorado, Connecticut, Utah atau Virginia, anda boleh memanfaatkan hak privasi tertentu, seperti meminta akses, pembetulan atau pemadaman maklumat peribadi anda. Anda juga mempunyai hak mutlak untuk merayu terhadap penolakan hak privasi anda.


13. Maklumat peribadi kanak-kanak

Perkhidmatan kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh individu di bawah umur lapan belas (18) tahun. Sekiranya kami mengetahui bahawa kami telah mengumpulkan atau menerima maklumat peribadi daripada individu di bawah umur lapan belas (18) tahun, kami akan memadam semua maklumat peribadi tersebut. Pihak kami tidak dengan sengaja menjual maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur lapan belas (18) tahun.


Permintaan Tarik Diri Privasi Ibu Bapa atau Penjaga (kanak-kanak di bawah umur 18 tahun)

Sekiranya anda percaya bahawa pihak kami telah mengumpulkan maklumat peribadi daripada individu di bawah umur lapan belas (18) tahun, ibu-bapa atau penjaga boleh membuat permintaan menarik diri privasi data atau mengehadkan penggunaan maklumat peribadi sensitif oleh kami (tertakluk kepada had dan pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai) dengan menghantar e‑mel kepada privacy@g2risksolutions.com.


14. Maklumat hubungan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan berhubung dengan notis ini atau perlindungan maklumat peribadi dan hak privasi anda, anda boleh menghubungi pihak kami melalui cara-cara berikut:


Alamat E‑mel privacy@g2risksolutions.com
Melalui Pos G2RS Data Privacy Request 111 Anza Blvd, Suite 310

15. Perubahan notis dan tarikh kuat kuasa

Sila ambil perhatian: Notis ini tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya pihak kami membuat sebarang perubahan kepada notis ini, kami akan menyiarkan notis yang telah disemak di halaman ini bersama dengan tarikh kuat kuasanya.

Terakhir dikemas kini: 19hb Februari, 2026 1:20 PM